Wednesday, October 8, 2008

Salamun Alaikum

Ucapan permulaan untuk semua pembaca blog yang budiman sebagaimana anjuran Allah dalam Quran.

6:54. Dan apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)." Pemelihara kamu menuliskan (menetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu membuat kejahatan dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.

Di kesempatan Syawal ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua. Syawal ini merupakan titik permulaan saya untuk kembali kepada ajaran Quran dan menjadi Muslim yang sebenar.

Diharap agar iltizam saya ini akan mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah.